Wednesday, August 20, 2014

Apa itu ALS Ice Bucket Challenge?

Masa mula2 dengar dulu macam pelik juga.. Rupa-rupanya ALS ni adalah singkatan utk Amyotrophic Lateral Sclerosis.. Ianya adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak & saraf tunjang.. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh & akhirnya meninggal dunia.. 

ALS Ice Bucket Challenge ni dilakukan bertujuan utk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.. Sekarang ini sudah lebih USD 15.6 juta (RM49.4 juta) telah dikutip.. Challenge ni pun dah berjalan di beberapa negera seperti New Zealand, USA & United Kingdom..

Caranya mudah aje.. Kalau ada orang yg cabar anda apa yg perlu anda buat ialah rakamkan dari mula hingga akhir.. Dari meletakkan ais dalam baldi hingga jirus dari kepala..Habis sahaja namakan pula 3 orang yg anda mahu mereka sahut cabaran itu & badan kebajikan mana yg anda nak derma.. Kalau ikut versi asal, mereka yg sahut cabaran itu dermakan USD10 pada ALS & mereka yg enggan sahut cabaran dermakan USD100... For good deeds why not kan? Menteri kita pun dah buat (klik sini), kenapa tidak kita kan? Dermakan pada badan kebajikan yg kita pilih.. :-D

Siapa menteri kita ni yg sahut Ice Bucket Challenge ni? Klik sini utk jawapannya

No comments:

Post a Comment