Wednesday, September 24, 2014

Resepi tau fu fa

Siapa suka makan taufu fa? Hujan-hujan ni kalau dapat makan suam2 sedap kan? Jom cuba resipi ni :-



RESEPI TAUFU FAH

BAHAN BAHAN:
-300gm Kacang Soya
-2 litre Air
-2 ½ sudu besar Tepung jagung
-½ sudu teh SERBUK TAUFU FAH
-* ¼ cawan air masak
-1-2 helai Daun pandan
-Air gula putih atau merah

CARA-CARA:
1. Basuh kacang soya & rendam selama 4-5 jam
2. Jangan terlalu lama nanti taufu fah akan berair
3. Kisar kacang soya bersama 2 litre air & tapis menggunakan kain muslin (kasa)
4. Masukkan daun padan & masak air soya hingga betul-betul mendidih
5. Dalam mangkuk berasingan campurkan bahan-bahan yang bertanda * tepung jagung, serbuk taufu fah & air
6.Sediakan bekas tahan panas untuk memastikan taufu fah sentiasa panas dan menjadi keras
7. Tuang dengan segera air soya yang telah mendidih kedalam bekas. Bacuhan tepung jagung dikacau seketika dan masukkan kedalam air soya panas cepat-cepat. Kacau rata sekejap dan tutup. Biarkan selama 30 minit dan siap


* Kalau ada sesiapa yg nak order serbuk tau fu fa tu bgtau ye.. saya ada jual :-)
Klik sini kalau nak order ;-)

Tuesday, September 2, 2014

Cheezy wedges utk jamuan sekolah


Minggu lepas ada jamuan makan lepas latihan bola anak... Fikir punya fikir buat cheezy wedges ni aje la.. Dah tentu anak2 berebut.. Beli sepeket je pun wedges tu (baru RM9.20), sepeket mayo (RM1) pastu guna setengah peket cheezy powder.. Siap! Dapat 2 bekas besar... Yang penting jimat & sedap.. Kalau beli kat k** banyak tu mau berpuluh ringgit.. Puashati.. Sesiapa yg berminat nak order boleh klik sini ye :-)

* Jika anda tidak mendapat reply dari kami dalam masa 48 jam.. Sila hantarkan email ke eco.angel10@yahoo.com :-)