Friday, August 22, 2014

Berita palsu tersebar dihari berkabung MH17!

Sayu je hari ni sempena hari perkabungan & menghormati mangsa2 MH17...Kat radio pelbagai ulasan kita dengar.. Kat tv pun ada life.. Yang paling kesian tengok family mangsa.. Kita yg tak rapat & kenal betul dengan mereka pun rasa sedih apalagi mereka.. Tapi dalam dok bersedih tu ada juga orang yg sebarkan berita palsu.. Eloklah dengar berita dari sumber yg sahih & sentiasa berfikiran positif.. Jangan dok tambah cerita..

Berita palsu yg sedang tersebar

Anak pramugari MAS Mastura Mustafa

Wednesday, August 20, 2014

Apa itu ALS Ice Bucket Challenge?

Masa mula2 dengar dulu macam pelik juga.. Rupa-rupanya ALS ni adalah singkatan utk Amyotrophic Lateral Sclerosis.. Ianya adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak & saraf tunjang.. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh & akhirnya meninggal dunia.. 

ALS Ice Bucket Challenge ni dilakukan bertujuan utk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.. Sekarang ini sudah lebih USD 15.6 juta (RM49.4 juta) telah dikutip.. Challenge ni pun dah berjalan di beberapa negera seperti New Zealand, USA & United Kingdom..

Caranya mudah aje.. Kalau ada orang yg cabar anda apa yg perlu anda buat ialah rakamkan dari mula hingga akhir.. Dari meletakkan ais dalam baldi hingga jirus dari kepala..Habis sahaja namakan pula 3 orang yg anda mahu mereka sahut cabaran itu & badan kebajikan mana yg anda nak derma.. Kalau ikut versi asal, mereka yg sahut cabaran itu dermakan USD10 pada ALS & mereka yg enggan sahut cabaran dermakan USD100... For good deeds why not kan? Menteri kita pun dah buat (klik sini), kenapa tidak kita kan? Dermakan pada badan kebajikan yg kita pilih.. :-D

Siapa menteri kita ni yg sahut Ice Bucket Challenge ni? Klik sini utk jawapannya

Khairy Jamaluddin cabar Nazri Aziz!

Kecoh cerita Menteri Belia & Sukan kita Khairy Jamaluddin (KJ) cabar Menteri Pelancongan Dato Sri Nazri Aziz utk sahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge ni... And KJ has done it at National Aquatic Centre Bukit Jalil! Dia menamakan 3 orang pula utk menyahut cabaran yg sama iaitu dengan meletakkan ais ke dalam baldi & kemudiannya menyiramkannya dari atas kepala.. Kalau ikut version asal kena amik video dari mula letak ais sampai jirus kepala.. Selesai sahaja namakan 3 orang utk teruskan cabaran & derma pada badan kebajikan yg kita pilih.. Yang pastinya utk niat yg baik la.. Menderma.. Macam KJ sendiri lakukannya utk arwah (Datuk) Mokhtar Dahari yang meninggal akibat penyakit monor neuron disease (penyakit urat saraf). 

ALS Ice Bucket Challenge Khairy Jamaluddin

Dah selesai KJ dah menamakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Datuk Sri Nazri Aziz & pemain tenis kebangsaan Nicol David utk menyahut cabaran seterusnya! Menarik kan? Jom tengok Datuk Sri Nazri Aziz pula lakukannya & siapa yg dia namakan utk sahut cabaran tu :-D

Klik sini utk tonton video ni

For good deeds apa salahnya kan? Mari kita tengok siapa pula lepas ni :-D

Tuesday, August 19, 2014

Muffin setengah jam!

Petang tadi beli premix ni utk makan petang.. Senang sgt nak buat especially utk ibu2 cam kami ni yg sibuk bekerja tapi masih nak masak makanan kegemaran anak.. Bahan2 pun senang je.. Guna barang2 kat bawah ni je hi.. hi.. :-)

Bahan2 utk buat muffin coklat

Since kami cuma berempat kat rumah jadi 1 adunan ni just nice la.. Dapat dlm 10 cupcake tu.. Lepas makan tadi pun ada baki 4 biji lagi.. Nak tau kenapa saya kata senang? Mula2.. tepung premix tu campur dengan telur & susu.. kemudian gaul rata...

Adunan dah rata, cuma nak tambah butter cair

Sementara gaul rata tepung tu butter saya masukkan dalam microwave utk dicairkan macam kat atas.. Dah siap campurkan pula butter hingga sebati.. Itu aje! Senang kan? Pastu masukkan dalam cupcake..

Siap utk dibakar!

Tadaaaaa!!! Ni la dia.. Dapat 10 biji kalau guna cupcake kecik tu.. Kalau guna yg besar macam hello kitty tu dapat la dalam 5 biji.. Makan sebiji pun dah kenyang.. Saya sendiri suka cupcake kecik.. Senang anak2 nak habiskan.. Bakar dalam oven 20 minit je pastu siap!

Ready to eat!

Ni pun baru keluar oven anak dah makan dulu! hi.. hi.. Nice.. Lembut.. Anak2 suka & yang paling penting senang & simple nak buat.. Sesiapa pun boleh jadi supermama lepas ni sbb dah boleh buat cupcake petang2! hi.. hi.. The whole proses kurang dari sejam la.. So worth it.. Kalau nak order premix tu @ nak tau lebih lanjut boleh klik sini ye.. :-)




Mickey & Minnie love mugs!

Jalan-jalan tadi ternampak mugs ni.. Waaahhhh... Cutenya.. I can't resist this.. harga pun berbaloi2.. Tak lebih RM 20 (beza RM0.10 pun ok la hi..hi.. ) so beli la utk diri sendiri.. Sesiapa yg nak cuma RM19.90 utk 2 biji ni ye, termasuk kotak sekali so kalau nak buat hadiah pun cantik sgt.. Klik sini kalau nak order.. Boleh juga klik sini utk promo semasa :-)

Kalau nak tengok barang lain klik sini ye :-)

Monday, August 18, 2014

TERKINI! Runtuhan di tapak MRT Kota Damansara!

Sebelum tidur tadi sempat la baca pasal artikle ni kat sinar harian.. Dalam tahun ni je dah berapa kali dah berita buruk tentang pembinaan MRT ni.. Harapnya lepas ni tak lagi terjadi benda2 buruk2.. Semoga menjadi iktibar...

Breakfast dengan cheezy wedges!

2 hari berturut2 sibuk dengan open house jadi pagi ni buat breakfast cheezy wedges utk anak2.. Hari tu mmg ada beli 1 pack frozen wedges 750gm tu & tak sampai RM9 pun... Pagi ni masak separuh.. Letak cheeze ni + mayo.. Guna 1 1/2 sudu besar je cheese powder ni & ada balance lagi.. Memang berbaloi la.. Kos tak sampai RM10 pun anak dah boleh makan sampai kenyang.. Kalau kat kfc ni confirm tak cukup 2! Hi.. Hi.. Kalau nak tau lebih tentang cheezy sauce ni & cara nak order boleh klik sini ye :-)

Birth date of this blog!

It's 18th August 2014 & marked the birth of this new blog of mine!
Dah lama nak buat blog baru yg cover macam2 cerita & story sbb blog sebelum ni cover mostly pasal tupperware aje.. Will update this blog very soon.. Pelan2 kayuh! hi.. hi.. ;-)